Anak2 yg nakal atau de**l... merupakan anak2 yg memerlukan kasih sayang yg agak ekslusif daripada kita ibu dan bapanya... atau secara rasionalnya, mereka minta perhatian khusus!!!
Mungkin ketelanjuran masa kita yg mengakibatkan mereka terkurang perhatian!!! Kita mungkin tanpa sedar, telahpun mengakibatkan mereka terasa amat jauh daripada kita!!!
Mereka masih kecil, mereka belum tahu erti sibuk dan kerja!!! Mereka cuma tahu satu je... kita adalah mak-bapak mereka! Mereka xtahu pun macamana susahnak cari duit.. yg mereka nak, kasih - sayang yg berlebih... duit yg berlebih hanyalah extra vaganza dunia sahaja!!!
So, rentetan daripada pengalaman ini..umee rasa..kita sebagai ibu dan bapa berperanan besar dalam mendekatkan diri kita pada mereka dan juga berperanan besar dalam memberi kasih sayang yang balance dengan harta yg kita cari tu!!! Ye, memang benar... kita bekerja semua ni hanya untuk mereka juga..untuk kesenangan mereka!!! Tapi, kita lupa... kita hanya memberatkan aspek kekayaan, kemewahan dan keduniaan...namun aspek kasih-sayang, masa, dan keakraban kita sehari suntuk bersama mereka terabai????
Kajian mengatakan, peluklah anak 8 kali sehari.... luangkanlah masa bersama mereka... pujilah setiap hasil kerja mereka!!! Checklist diri... dimana kerjaya kita, dimana tanggungjawab kita???
Menjaga anak bukan seperti melepaskan batuk ditangga!!! Dan bukan hanya nursery yg mengasah sahsiah mereka!!! Mereka perlu juga bimbingan kita, mereka juga perlukan pelukan, usap, belai kita....
Nak beli jiwa mereka tak sukar mana pun, bukan kena pergi melancong atau makan di restoran mewah!!! Cukup sekadar meluangkan masa bersama mereka, berkongsi cerita bersama mereka dan mungkin menyelami permasalahan mereka!!!
Jika anak2 anda memberontak... dekatlah pada mereka... ucapkan kalimat yg boleh membuatkan mereka bermakna disisi mereka.. peluklah mereka... pandanglah mata kesayuan itu... ucapkan dan lafazkan pada mereka yg kita terlalu sayangkan mereka dan puji segala kebaikan mereka... dan ajak mereka berkongsi apa yg mereka proteskan ketika itu... dan, sila ambil perhatian tiap buah percakapan mereka!!! Jadilah pendengar yg setia... dan juga jadilah ibu bapa yg hebat dengan chba menyelesaikan apa yg terbuku dihatinya dengan cara yg berhemat!!!insha allah... dengan cara psikologi yg betul... anak2 dapat dibentuk dan jiwa anak dapat mudah kita fahami... dan mungkin selepas ini, setiap perlakuan mereka..dapat kita baca...
* sematkan dalam diri mereka tentang nilai2 akhlak yg terpuji dengan bermula daripada kita sebagai role model yg paling dekat!!!
~sungguh indah sebuah keluarg yg bahagia!!!
In shaa allah..
Salam sayang,
Umee!!!
Salam sayang,
Umee!!!
No comments:
Post a Comment