Thursday, 30 July 2015

psikologi anak kita

Anak2 yg nakal atau de**l... merupakan anak2 yg memerlukan kasih sayang yg agak ekslusif daripada kita ibu dan bapanya... atau secara rasionalnya, mereka minta perhatian khusus!!!
Mungkin ketelanjuran masa kita yg mengakibatkan mereka terkurang perhatian!!! Kita mungkin tanpa sedar, telahpun mengakibatkan mereka terasa amat jauh daripada kita!!!
Mereka masih kecil, mereka belum tahu erti sibuk dan kerja!!! Mereka cuma tahu satu je... kita adalah mak-bapak mereka! Mereka xtahu pun macamana susahnak cari duit.. yg mereka nak, kasih - sayang yg berlebih... duit yg berlebih hanyalah extra vaganza dunia sahaja!!!
So, rentetan daripada pengalaman ini..umee rasa..kita sebagai ibu dan bapa berperanan besar dalam mendekatkan diri kita pada mereka dan juga berperanan besar dalam memberi kasih sayang yang balance dengan harta yg kita cari tu!!! Ye, memang benar... kita bekerja semua ni hanya untuk mereka juga..untuk kesenangan mereka!!! Tapi, kita lupa... kita hanya memberatkan aspek kekayaan, kemewahan dan keduniaan...namun aspek kasih-sayang, masa, dan keakraban kita sehari suntuk bersama mereka terabai????
Kajian mengatakan, peluklah anak 8 kali sehari.... luangkanlah masa bersama mereka... pujilah setiap hasil kerja mereka!!! Checklist diri... dimana kerjaya kita, dimana tanggungjawab kita???
Menjaga anak bukan seperti melepaskan batuk ditangga!!! Dan bukan hanya nursery yg mengasah sahsiah mereka!!! Mereka perlu juga bimbingan kita, mereka juga perlukan pelukan, usap, belai kita....
Nak beli jiwa mereka tak sukar mana pun, bukan kena pergi melancong atau makan di restoran mewah!!! Cukup sekadar meluangkan masa bersama mereka, berkongsi cerita bersama mereka dan mungkin menyelami permasalahan mereka!!!
Jika anak2 anda memberontak... dekatlah pada mereka... ucapkan kalimat yg boleh membuatkan mereka bermakna disisi mereka.. peluklah mereka... pandanglah mata kesayuan itu... ucapkan dan lafazkan pada mereka yg kita terlalu sayangkan mereka dan puji segala kebaikan mereka... dan ajak mereka berkongsi apa yg mereka proteskan ketika itu... dan, sila ambil perhatian tiap buah percakapan mereka!!! Jadilah pendengar yg setia... dan juga jadilah ibu bapa yg hebat dengan chba menyelesaikan apa yg terbuku dihatinya dengan cara yg berhemat!!!insha allah... dengan cara psikologi yg betul... anak2 dapat dibentuk dan jiwa anak dapat mudah kita fahami... dan mungkin selepas ini, setiap perlakuan mereka..dapat kita baca...
* sematkan dalam diri mereka tentang nilai2 akhlak yg terpuji dengan bermula daripada kita sebagai role model yg paling dekat!!!
~sungguh indah sebuah keluarg yg bahagia!!!
In shaa allah..
Salam sayang,
Umee!!!

Anak Sihat Anak Cerdas


Semua ibu bapa inginkan anak yg sihat dan cerdas. Cara bagaimana kita nak sihatkan dan cerdaskan anak? okey, lets talk pasal penjagaan anak agar mereka sihat dan cerdas sentiasa.
Anak-anak ni, dunia pemikiran mereka luas, kita tidak boleh menyekat atau menghadkan masa dan pemikiran mereka. sebab, bila mereka bermain..mereka sedang belajar. Bila mereka belajar, bermakna sel-sel otak mereka sedang berhubung lah tu..hihi!!!
ibu-bapa kena lebih kreatif untuk menerokai dunia anak-anak. kita harus menjadikan mereka sebagai kawan-kawan kita seiring umur mereka. Kita dah besar, kita xboleh mengharapkan mereka juga berfikiran seperti kita. Kita harus didik mereka dan kita harus mencorakkan mereka mengikut acuan yg kita nak!!! ingat ye mommy2 sekelian.. Anak-anak ni belajar dari apa yg dia lihat, bukan dari apa yg dia dengar!!! percaya atau x..itu adalah realiti.
ok jom, sy bagi satu contoh tentang anak-anak yang belajar melalui perhatian lebih dari pendengaran…
saya ada 5 orang anak. Anak pertama saya 7 tahun (perempuan) anak kedua 6 tahun (kembar perempuan) dan lelaki 5 tahun dan bongsu 1 tahun lebih. hari-hari…ok, saya ulang..hari-hari…saya cakap benda yang sama..iaitu – baju sekolah yg dah kotor, masukkan dalam bakul!!! kemas bilik, jangan bersepah… sebab bila bersepah..korang tidur dalam keadaan sekeliling yg xbersih… so, ok..anak saya akan ikut apa yg saya cakap..(tapi biasalah budak2 kan..kalau xtunjuk rotan..xdibuatnya..), tapi yg saya teruja.. dia bersihkan bilik dia orang…dengan keadaan yg sy xsangka..mereka buat!!! mereka alih karpet, mereka bekerjasama mengalih perabot seperti almari mereka dan mereka sapu yg bawah2 katil tu sekali… haaah?? saya lantas menguji mereka dengan bertanya..kenapa buat benda yang umee xsuruh??? ~  mereka jawab, bawah katil kalau xsapu habuk!!! almari ni kami ubah sebab dah jemu tengok tempat sama… dan karpet ni kami angkat sebab ikut cara umee!!!! Allah hai… relevan sungguh jawapan mereka. dengan umur baru 6-7 tahun mereka sudah fikir sampai tahap begitu.. syukur Ya Allah, kau hadirkan mereka dengan seribu kenikmatan!
ok uolls nampak x? macamana mereka melihat melebihi mendengar..mereka mendengar arahan saya, tapi mereka dah sematkan apa yg saya lakukan tiap-tiap hari!!! apa yg mereka nampak sy buat, mereka dah tanamkan dalam akal mereka dan mereka simpan jadikan panduan mereka… so, bayangkan kalau kita buat benda yang tidak semenggah benda yang negatif, so, mereka akan serapkan benda yg negatif juga dalam diri mereka.


so, start dari harini, ubah hidup kita semua untuk lakukan segala benda posotif dan tunjukkan pada orang lain dengan perkara positif, agar kita juga menerima bende yg positif.. dan sy bagi satu lagi tips daripada prof. Muhaya Muhammad.. “what u give, u get back” u bg yg positif, u terima yang positif.. u bg yg negatif, u dapat yg negatif!!! so, avoid the negative character n avoid to say about negative!!! dan dato Fadzilah Kamsah juga ada berpesan… ” dengan anak, cakap yang elok-elok seperti bertuah, pandai, baik, cantik…” cuba praktikkan ye!!!! saya doakan saya dan anda semua dapat memberikan yg terbaik untuk si manja anda.. berikan mereka kehidupan yg sempurna sehingga mereka mampu menjadi insan berguna..in syaa allah!!! jumpa lagi di entry yang akan datang, insyaa allah!!!